Iklan Atas

Tuesday, December 29, 2015

20.12.2015 Bintulu ke Miri

Kami bangun agak lewat hari itu. Mungkin letih dan penggunaan otak yang maksimun. Kami makan di restoren berdekatan hotel kami. Abida Restauren. Agak murah dan sedap.

ALUDRA DAN PAKNEKNYA LEPAK DI SUPERSAVE. 

Kemudian perjalanan di teruskan dgn semangat. Sempat berhenti di SHELL untuk mengisi minyak kereta. Perjalanan dteruskan. Jalan agak bumpy. Akhirnya kami singgah sebentar di Pantai Bungai. 

Waterfront Bintulu sebelum perjalanan ke Miri. 
NEKWAN SHOPPING DI KEDAI BERHAMPIRAN SIMPANG MASUK KE PANTAI BUNGAI. 

Kemudian,  kami lepak berehat di Pantai sambil menghirup udara segar. 

BEREHAT DI PANTAI BUNGAI,  BEKENU, MIRI

Dan akhirnya, kami sampai ke bandar Miri. Kami pun mencari hotel untuk kami berlima. Tapi sebelum itu,  makan dulu di Restoren Muara. Makan Ayam Lalapan. 

MAKAN DI RESTOREN MUARA, MIRI. 

Pada mulanya kami inginkan hotel yg mempunyai tempat letak kereta. Namun akhirnya kami tidur sahaja di hotel berdekatan dengan Restauren Muara iaitu U Inn dengan bayaran RM75 semalam. Untuk masalah parking. Saya mencari kupon parking untuk sehari berharga RM5 sekeping. Boleh di beli di hadapan Imperial Mall Queen. Kemudian, kami pun berehat sebelum keluar di malam harinya.

No comments:

Post a Comment